Hardcore ke Akuarium Lepar Utara.

24hb May 2009 Jam 3.00PM acara ' Flag OFF ' diadakan di Petronas Bandar Tun Razak Jengka disempurnakan oleh Exco Pemuda Malaysia,KP Rodzuan,Petronas Wilayah,CEO Warisan Jengka.37 buah kenderaan bersama kira-kira 100 peserta memulakan cabaran.


>>>> Tunggu laporan dari http://www.green-outdoor.blogspot.com/

Ulu Luit Sri Jaya Maran

Baru-baru nie semasa musim hujan belum reda
dan keboringan melanda rakan saya Fadzli
K'dau Adventure telah 'mengayat' saya pergi
ke "Kebun Balak "Ulu Luit Sri Jaya untuk meninjau laluanOFF Road untuk tujuan
" Train and Drive 2009"nanti.

Walaupun hujung bulan tanpa banyak soal saya
dan Co-pilot sebelum subuh telah siap sedia untuk
kesana. Maklumlah dah lama diorang sabor takde
aktivity yang diaorang boleh ikut.
Macam dah janji semasa perjalanan OFF road
hujan turun dengan lebatnya.
OKlah boleh test Tayar MT baru dan winch yang dah lama tak digunakan.
Nasib baik WINCH ok ,kalau tak harubiru dah lah sebuah kereta je hari nie

Disebababkan geng Radio Amature maka untuk
melengkapkan pakej,maka kami telah buat Radio
Check dengan rakan 9W2HZL , 9W2BKH di
9M4RCB >>> Audio 59 pada 50watt .
Terima Kasih kepada yang terlibat
dalam pembangunan dan penyediaan 9M4RCB
terutama 9W2OCB dan rakan-rakan di Karak.
Khidmat REPERTER 9M4RCB amat diperlukan
dan cemerlang disini .








Dengan khidmat 2 co-pilot yang dibawa khas mereka telah
berjaya merekod laluan dan tempat-tempat yang menarik
disekitar perjalanan di dalam GARMIN 60Csx seperti :
1 ) Tasik tempat Mengodek haruan .
2 ) Port memancing di Sungai Lepar .
3 ) Jambatan Balak Tengku Wong .
4 ) Beberapa Kongsi Balak untuk bantuan kecemasan

Sungai Rakit Jerangkang

Sungai Rakit pernah menjadi destinasi pilihan acara lasak Rainforest suatu ketika dahulu ia boleh dihubungi hanya dengan Pacuan 4 Roda dan motorcross sahaja.
Ia terletak di Hutan Simpan Berkelah Kuantan Pahang.Jalan masuk kesana boleh dilalui dari pusat Rekreasi Jerangkang.Perjalanan 3 Jam OFF Road sejauh kurang lebih 45KM amat menyeronokan,Family Trip @'Light and Easy 'amat sesuai disini.


www.green-outdoor.blogspot.com

Kejernihan Air dan kenyamanan udara hutan hujan tropika mampu menjadi terapi yang unik kepada kita.Camsite yang luas,bersih dan cantik amat sesuai untuk group sederhana.( Max 40 Orang ).

Sanggupkahkah kita untuk menghancurkan Hutan Warisan kita yang tak ternilai ini ?????????? Pertahankan Moh biar apa sekalipun >>>>>>>



Wariskan Warisan semula jadi kepada Generasi anak cucu kita akan datang ???

www.green-outdoor.blogspot.com

4x4 Adventure Taman Negara Pahang

Gunung Ais


Gunung Ais tidak asing lagi bagi peminat-peminat 4x4
tempatan dan luar.Disebalik namanya yang cukup menarik ia menggambarkan sebuah tempat
yang sejuk lagi nyaman di pendalaman Taman Negara . Terletak kira-kira 100 km dari Bandar Jerantut,ia boleh dihubungi melalui jalan darat dengan menaiki kenderaan 4x4 dan motosikal lasak ( motorcross ).

Keadaan bentuk mukabumi dan OFF Road yang amat mencabar menjadi daya tarikan kepada peminat aktiviti lasak 4x4 dan Motorcross.

Waktu yang sesuai untuk merasai cabaran ini pada musim tengkujuh Pertengahan December ke February.

Disamping aktiviti lasak,anda juga boleh memenafaatkan masa anda dengan aktiviti memancing dan sebagainya.Sungai dan anak sungai disini terkenal dengan spesis ikan air tawarnya seperti kelah,sebarau,baung dan banyak lagi .

Ulu Pengau @ Ulu Tembeling
Sama seperti Gunuing Ais cuma untuk kesana jalan yang mudah untuk menghubunginya dari Kuala Tembeling berhampiran jeti Taman Negara.Perjalanan boleh menjangkau 8 jam ketika di musim hujan.Untuk XPDC santai ini kita mula memasuki laluan Off road jam 7.00 PM dan tiba lokasi Camsite Ulu Pengau Jam 4.20 AM.



Perjalanan di waktu malam dapat merehat minda dengan suasana nyaman dan yang penting kita tidak dapat melihat kawasan yang merbahaya ( Khas buat peminat yang baru menceburi bidang ini ),Alhamdulillah XPDC kali ini berjaya dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku.



Untuk keterangan :
Hubungi di talian : 019-9625258 Email :green_outdoor@yahoo.com.my