Ikhtiar Hidup @ Task Force 4

21~23 May 2010 Task Force kali-4 ini menyelitkan satu segment Iktiar Hidup 'Survival' untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada peserta kali ini.

Di kelilingi paya dan hutan semulajadi , keadaan tempat latihan kali ini amat bersesuaian dengan konsep latihan dan iktiar hidup,ia jauh dari kebisingan pengunjung mahupun kenderaan.

Peserta didedah cara-cara membina tempat tinggal sementara , pelbagai jerat serta mengenali tumbuhan sekeliling untuk tujuan iktiar hidup.

Untuk acara tradisi > Jalan Tutup Mata...Kita telah diserang hendap oleh Penyengat, seramai 7 anggota termasuk sy di sengat penyengat ...( Kita ceroboh rumah dia,x bg salam.Padan muka )...Maaf kepada semua yg sempat bermesra dgn penyengat>>>Pg tu sy dah ronda dah laluan tu..tak nampak pun..rasanye penyengat jantan kot.....Sy jumpa baby Khinzir jeee ..comel tengah minum air....ajak bergambar dia malu...
Nie dia kumpulan yg bernasib baik menerima 'Love Bite' salam pengenalan..termasuk sy yg dpt 4 liang salam pengenalan ....


Laluan Berhalang>>Kesedihan,kekecewaan melanda kita semua..kecelakaan menimpa seorg rakan peserta kita..terjatuh ketika laluan berhalang...Parah..Td sy baru blk melawat beliau di HOSAS Temerloh ...Mari Semua Doakan Beliau Cepat Sembuh..Moga kenangan Pahit Tidak Berulang lagi.... Kami dr Task Force Committee akan memikul tanggungjawab yg diamanahkan.


Album TASK FORCE 4 akan UPDATE kat ruang Aktiviti Outdoor >>sebelah kanan...

Rumoh Koi ...Syurga Kome...

Orang dok sibuk renobet umah..buat garage,dapur pass tu Gazebo la...Koi pong tumpang sekaki lah...sebab anok dah ramea....Koi pong belilah rumoh beso skit lah ...ala2 rumoh PPRT ada 3 bilik dan bilik air luar..... keknye boleh bubuh 16 orang....siap boleh bawok mok,aboh,mokmentua dan pokmentua lagi.
Pintu Cembong kayu jati teee.

Anok koi bangga had , abohnye beli rumoh beso ala2 bunggulo.Rumoh kome nie bestnye boleh ubah2 nak letak kat mana...rasa nak duduk bandar letak je bawoh Jambatan KLCC ...rase cemoih duduk bandar letak kat Utan Bedengung.....Best sape nak nompang,
marilah sini.
Rasenye bulan 6 nie...Coti sekolah nie pasang kat Utan Ulu Pertang .......... JOM umoh koi nie siap ade bilik tetamu...

Dusun Eco Resort


7 May 2010...Berkesempatan ke Dusun Eco Resort untuk meninjau kemudahan yang ada untuk cadangan program Task Force akan datang.Berlatar -belakang hutan hijau.Ia jauh dari kesibukan lalulintas dan manusia .

Berbekalkan faktor kehijauan dan ketenangan yang dirasai kami akan mengusulkan untuk program akan datang .... Semoga Berjaya ....

Family Day @ Hari Pekerja 2010

1~2 May 2010 Bertempat di Mercu View Resort Kuantan..Kami Buruh2 dari ALPS Malaysia menyambutnya dengan penuh gembira..Berbekalkan 50Kg Ayam,40kg Ikan Segar,10kg daging kambing bersama macam-macam lagi...melupakan seketika penyakit yang ada ,apatahlagi yang sihat walafiat nie ...tambahan pulak hadiah dan hamper...macam lebih banyak hadiah drp keluarga....membuatkan bertambah seri lagi program anak-beranak kali ini.Mana yang gambo tak nampok tee ..jangan marah yeeek

Dah start doh....bonzer kita memulakan tugas.
Pingang patah takpe boleh claim SOCSO....Pedal TAUPO koi tu kene ke New Zealand nak ganti balik tee.
Kolam renang yang semalamnye jernih mcm air meneral....hari nie jadi air durian belanda pulak ( best jugak yeak ) .

Terima Kasih ...Semua yang menjayakan program ini terutama sponser2 utama kita,semoga berjumpa di program akan datang.