XPDC Kayak dan 4x4 Tasik Bera ~ Tasik Chini

XPDC kali ini melibatkan dua acara serentak iaitu berkayak dan Pacuan Empat Roda . Penyertaan kali ini lebih kurang 30 Buah kenderaan Pacuan 4 Roda dan 40 buah Kayak .
Peserta kali ini tergolong daripada Para Artis,wartawan majalah sehinggalah ke Crew Panorama RTM dan Astro.



Hari PertamaMenyaksikan peserta berkayak dari Tasik Bera dan singgah di Kg Batu Bor Chenor untuk Bermalam.Di Batu Bor acara beramah mesra diantara penduduk setempat bersama Peserta dan dariKEMENTRIAN PENGGALAK PELANCONGAN PAHANG diadakan sambil menjamu selera ala BBQ

Hari KeduaPeserta menuju Terus ke Tasik Chini.disitu diadakan acara sambutan besar-besaran.Pelbagai acara diantaranya nyanyian,kuiz,sukaneka,pameran dan banyak lagi

Special Stage Event



Untuk membantu mengisi tabung keuwangan Kem MahkotaPengakap Bandar Jengka Pahang , kami dengan kerjasama Kelab Land Rover Malaysia dan dibantu Bekas Pendaki Gunung Everest Malaysia En Ramayan,kami menganjurkan satu pertandingan 4x4 SS . Kutipan hasil derma orang ramai dan peserta akan disalurkan kepada KEM MAHKOTA PENGAKAP .

4x4 Train and Drive

Untuk peminat 4x4 yang baru menceburi bidang ini , K’Dau Adventure juga ada menyediakan pakej “ 4x4 Train and Drive “ .











Pakej tersebut mengandungi ,
Basic Train and Drive :

1 ) Pengenalan Asas Automotif dan Diesel .

2 ) Pengenalan Komponen asas dan 4x4 .
3 ) Teknik Pemanduan 4x4 .
- Pemilihan Gear .
- Pemanduan di laluan licin
- Pemanduan di laluan berpasir .
- Mendaki / Menuruni bukit curam .
- Mengharungi Sungai .
4 ) Teknik Recorvery .
- Recorvery kit
- Teknik Winch
- Pembinaan Jambatan Sementara .
- Baik Pulih kenderaan sementara .
- Isyarat tangan .



5 ) Komunikasi .

>>>> Jika anda berminat sila emailkan kepada kami di :

green_outdoor@yahoo.com.my

TAMAN NEGARA ECO CHALLENGE 2008 6 ~ 8 November 2008

TAMAN NEGARA ECO CHALLENGE 2008 6 ~ 8 November 2008

Cameron Highland ke Kuala Medang .

Sukan lasak Eco Challenge sejak kebelakang ini telah diminati oleh masyarakat dalam dan luar Negara Malaysia .

Baru-baru ini satu aktiviti sukan lasak telah diadakan oleh Kementerian Penggalak Pelancongan Pahang dengan kerjasama Temerloh Outdoor yang dikenali sebagai
TAMAN NEGARA ECO CHALLENGE 2008
Bermula dari Tanah Rata Cameron Highland ke Homestay Kuala Medang , Kuala Lipis Pahang .
Kejohanan tersebut memakan masa 3 hari .
Jadual kejohanan Taman Negara Eco Challenge 2008 :
Hari Pertama : Tanah Rata Cameron Highland ~
Pos Orang Asli Kg Relong .
Hari Ke-dua : Pos Asli Kg Relong ~ Pos Betau .
Hari Ke-tiga : Pos Betau ~ Kuala Medang . ( Berakit )

Jarak Perjalanan

Hari Pertama = 60 KM
Hari Ke-Dua = 60 KM
Hari Ke-Tiga = 30 KM






Syabas kepada Team SALOMON SUNTO kerana memenangi TAMAN NEGARA ECO CHALLENGE 2008 kali ini dengan menggondol Hadiah Wang Tunai RM 10.000 dan Hadiah Sampingan seutas jam tangan jenama SUNTO berharga RM 3000.00.


Team Score Board TV3 Dino Salomon Sunto Salamon Sunto

Berjumpa kita di

TAMAN NEGARA ECO CHALLANGE

akan datang .......9w2KAI




ULU PENGAU, TAMAN NEGARA PAHANG .



Terletak jauh di pendalaman Taman Negara Pahang . Pintu masuk ke Ulu Pengau adalah dari Taman Negara Kuala Tahan . Untuk sampi ke Ulu Pangau anda akan melalui jalan
OFF ROAD lebih kurang 50 KM . Anda akan melalui CAMP NUSA dan Kg Pagi .

Untuk ke Ulu Pengau anda dinasihati menggunakan tayar kenderaan “MT” dan pergi dalam keadaan berkumpulan . Disepanjang perjalanan tiada talian komunikasi untuk
menghubungkan anda dengan dunia luar .
Talian komunikasi alternatif sahaja boleh digunakan samada Telefon Satelit atau Radio Amature .

Anda juga dinasihati membawa bekalan makanan yang mencukupi ,kerana keadaan jalan dan tanah runtuh,air sungai melimpah kerap berlaku terutama dimusim tengkujuh .

Cadangan Aktiviti di Ulu Pengau .
1 ) Train and Drive 4x4
2 ) Aktiviti menangkap ikan seperti memancing , menyelam dan menjala .
3 ) Camping .
4 ) Memburu .

Sungai Rakit




Sungai Rakit terletak kira-kira 30KM daripada Air Terjun Jerangkang Paya Bongor Kuantan .
Ia boleh dihubungi melalui jalan 4x4 yang memakan masa 2 Jam 30 minit dari Jalan Besar
Temerluh ~ Kuantan .Sungai Rakit merupakan anak Sungai Lepar .



Sungai Rakit pernah menjadi distinasi RAINFORESS CHALLENGE tak lama dahulu .

Camsite Sungai Rakit :

Anggaran keluasan , atas pasir dalam Sungai boleh menempatkan lebih kurang 20 Keluarga bersamaan lebih kurang 50 orang .Keadaan Sungainya,lubuk dihulu cetek di hilir menyebabkan ia sesuai dan tidak merbahaya kepada kanak-kanak .


Sungai Rakit sesuai untuk aktiviti :
1 ) Family Trip ( Camping )
2 ) Aktiviti menangkap ikan memancing dan menjala .

Last Family Trip 2008




Penghujung 2008 , 27~28 Dec : Bersama Kelab 4x4 Temerloh mengajurkan Family Trip ke Sungai Bot , Karak , Bentung , Pahang . 13 Buah kenderaan bersama 33 peserta menjayakan program ini . Konvoi mula bertolak dari K'Dau Adventure Temerloh Jam 8.30 AM dan tiba di Pekan Karak 10.30 AM . Konvoi mula memasuki laluan "OFF Road " pada Jam 11.30 AMPenghujung 2008 , 27~28 Dec : Bersama Kelab 4x4 Temerloh mengajurkan Family Trip ke Sungai Bot , Karak , Bentung , Pahang . 13 Buah kenderaan bersama 33 peserta menjayakan program ini . Konvoi mula bertolak dari K'Dau Adventure Temerloh Jam 8.30 AM dan tiba di Pekan Karak 10.30 AM . Konvoi mula memasuki laluan "OFF Road " pada Jam 11.30 AM .Perjalanan menuju Camsite Sungai Bot memakan masa 2 Jam,ini disebabkan ada beberapa kawasan tanah runtuh disepanjang laluan.Konvoi terpaksa membina jambatan dan membaiki jalan yang rosak teruk akibat hakisan hujan dan tanah runtuh.Konvoi selamat tiba di Camsite jam 2.30 PM. Alhamdullillah semua peserta selamat kecuali ada beberapa kenderaan yang tertinggal bumper ( OOPPP !!!! CCH baru 2 bln tanggal plastik bungkus, takpa under warranty ) .Siap tapak perkhemahan dan Makan Tengahari ..... Burrrrrrrrr SSSSEeeeejuk.Aktivity malam , biasalah ..... Eeeeegggggg!!!!! Kenyang perut suka hati ........Konvoi bergerak pulang pada keesokan harinya .




Kenangan Manis Penutup 2008 : Inshaallah akan diulang lagi Pada Gong Xii Fa Chai 2009>>>> Sangkar 3 Kg Mat Daling Taman Negara >>>>> Lata Bidai Raub .....




Pesanan dari Crew : 4x4 Temerloh .
Akar diikat Bumper Terkeleweh ...
Kerete kepek hati bahagia.....
Tahun depan moh la wehh...
Berjumpa kita di Sangkar Tiga....



Selamat Berjumpa Program akan datang :