Jambori 1 Malaysia @ Redah4x4

25~27 Dec 2009 Bertempat di Lembah Kiol Jerantut ( Padang Golf ) berlangsung JAMBORI 1 MALAYSIA anjuran Kelab 4x4 Redah.Saya bersama keluarga berkesempatan mengikuti Jambori tersebut.Berbagai acara diadakan spt 4x4 SS Light & Easy,Hard Core,Paraglider,Sukaneka,Karaoke dll.Kira-kira hampir 200 kenderaan menyetai aktivity ini.Program ini mendapat sokongan drp MDJerantut,MTPelancongan,TV3 dll.Program SCOREBOARD TV3 pd 28 Dec lepas menyiarkan lapuran Jambori ini.Salah satu ucapan dr pihak penganjur > Program Sungai Kiol Challange akan diadakan pd thn hadapan.Program ini juga akan dimasukan kedalam kelender pelangcongan Pahang setiap tahun.

XPDC Sanka 3


Chief De Mission Mat Yani
Nadi pengerak aktiviti 4x4 Temerloh.
Mempunyai pusat jualan kenderaan 4x4 terbesar
di daerah Temerloh.

Album Penuh SANKA 3 dari ROHSTUDIO





Sanka 3 Pandangan dari Angkasa Lepas

Biru muda laluan OFF Road.



30 Oct 09~1 Nov 09 XPDC 4x4 Hard Core ke Sanka 3.

Hari 1:
5.00 PM - Berkumpul di Chalet IJAM
-Taklimat oleh Chief De Mission Mr Mat Yani.
6.00 PM - Bertolak .
-Konvoi bergerak sebanyak 28 buah kenderaan.
7.00 PM - Off Road
-Cabaran untuk ke Camp 1. Mengharungi 2 anak sungai , laluan peningalan jalan balak,tanah runtuh licin dsb.
1.00AM- Tiba Camp Site 1.- Bermalam
-Mana mau cari Char Kueh Teow dlm hutan oiii...kat hutan nie ade jgn tak cayer..

Hari 2 :
9.00 AM - OFF ROAD ke Sanka 3 Sesi 2 ( Hard Core )
- Nasib baik tak tamat jadi orang...Alhamdulillah.
5.00 PM - Tiba Sangka 3 ( Campsite 2 )
- Aktivity Sendiri ( Biasalah )

Hari 3 :
9.00 AM - Bertolak balik keluar .
... Tiba di Bandar Jengka.
- 1st Group ~ 6.00 PM
- Last Group ~ 2.00 AM






Tunggu lapuran penuh akan update dari masa kesemasa ---- 20 %

Pahang Motor Club Activity

12~13 Dec 2009 Pahang Spring Series
Selamat melabuh tirai 2009.
Alhamdulillah semua berjalan lancar tanpa sebarang perkara tak diingini berlaku.
Tahniah kepada semua Peserta,Pemenang,Penonton dan tak lupa pada CREW PMC.

Kategori Motosikal 4 Lejang 150cc kebawah :
Johan :Azizi Hasanuddin AMW MOTOR TEMERLOH
Naib Johan :M.Hadri Mat Husin BKT RANGIN KUANTAN
Ke-tiga :Munisamy Naidu SAM MOTOR MENTAKAB

Kategori Motosikal 2 Lejang 150cc kebawah :
Johan : M.Muzhasuaifiq BOLOQ MOTOR CLUB KEMAMAN
Naib Johan : Mahayuddin HMC JERANTUT PAHANG
Ke-tiga : Mazlan Hamzah J SIXTEEN MOTORSPOT PAHANG

Kategori Motosikal 2 Lejang 125cc kebawah :
Johan : Saiful Hakimi KAKIMOTOR RACING TERENGGANU
Naib Johan : Hafiz Azrul KAKIMOTOR RACING TERENGGANU
Ke-tiga : Mohd Rodzlan ROVERS TEKAM PAHANG

Kategori Kereta Terbuka :




















Tahniah kepada Pemenang-pemenang yang berjaya,semoga kejayaan anda menjadi inspirasi kepada pelumba yang lain .
Semoga kejayaan kita pada kali ini akan membuka mata masyarakat dan kerajaan.
Disebalik NEGATIF banyak POSITIFnya.Bersama kita menjaga maruah ....



Terima Kasih pada Dif -dif kehormat yang hadir antaranya Datuk Tan Aminuddin,YB Bandar Jengka Wan Salman,Wakil kepada YB Parlimen Kuala Krau,Pegawai Belia Daerah Maran,Pegawai Daerah Maran dan lain-lain.
Semoga Penganjuran Akan datang akan mendapat perhatian dari pihak anda.


Insyaallah ...... Kami dari Pahang Motor Club akan berusaha sedaya upaya
untuk memajukan sukan ini.



Pahang Sprint Series 2009
Date : 12 ~ 13 December 2009
Lokasi : Bandar Jengka Pahang
( Depan Balora Mastika ) Trek 400 m.

Jadual : Pendaftaran 11 December 2009
Perlumbaan : 12~13 Decmber

Kategori : Motosikal
# 4 Stroke - Under 150 cc
- Under 125 cc
- Open
# 2 Stroke - Under 150 cc
- Under 125 cc
- Open
# Scuter

Kereta : Open Kategori .

Hubungi : Raja Bob = 019-9623410


Dari pengalaman lepas aspek keselamatan penonton menjadi agenda perbincangan utama bersama pihak berkuasa pada tahun ini.Diharapkan penonton @ peminat akan mematuhi segala
arahan keselamatan dari pihak penganjur.

Pelumba-pelumba >>> Siapkan diri dan jentera anda , tingkatkan keselamatan diri .Sut keselamatan diutamakan.Ciri-ciri keselamatan jentera dititik berat dalam "Scuteneering Check".



Time Challange @ Bukit Tinggi Resort

10~11 Oct 2009 Time Challangge di Bukit Tinggi amat
menyeronokan sebagai tontonan sy dan anak2.Deruman
Supercar...Fuiii gegar jantung oooh. Porche,Lamborgini,
Ferrari,BMW,Lotus dan mcm2 supercar bersaing
dalam Time Challange .




















Semoga Anak-anak Abah bejaya memiliki kereta
idamannya.Abah duduk sebelah ......
Pun dah OK ....HUMMER tu lee.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Terima Kasih.......Kepada Semua
dermawan yang membantu
program bersama
saudara baru kita
Semoga allah membalas jasa
dan budi kalian.
Program bermula seawal 9.00 pg
Membakar lemang,
memasak bihun
selesai jam 1 tgh
sedangelok perut tengah
mintak diisi.



Selain Jamuan Hari Raya untuk
memeriahkan lagi majlis , tahlil dan
solat berjemaah juga diadakan.











Suasana majlis cukup meriah dgn
mereka mengayakan baju melayu
dan baju kurung bagi kaum wanita..










Semoga berjumpa lagi.....Kita akan jadikan aktivity ini berterusan dimasa akan datang


Jom Sempat lagi kalau nak berkonvoi .

3 Oct 2009 Sebahagian sumbangan dari rakan sekerja.Last minit punya sumbangan dah sampai tak muat kereta nasib kereta 2 tingkat.Terima Kasih tak terhingga kepada anda semua,Insyallah esok pagi kami akan hantar kesana.Dijemput semua rakan ke Open House nya .
Mana-mana rakan yang nak berkonvoi pastikan sebelum subuh berkumpul.Sembahyang subuh kat Matau.Jika Celcom x de line ..... Calling Freq V48 146.400.



Family Trip @ Tengkujuh 2009 ( Progress Update )

Alhamdullillah.... Meja Editor mendapat panggilan daripada AHLI LEMBAGA
PENGARAH Utama projek penutup 2009.Ia membawa berita gembira,Abang Angkat kita dari Dulu Kini dan Selamanya Mr Chong NESTLE Malaysia.Macam
biasalah akan menaja barangan untuk disumbangkan kepada Masyarakat Orang Asli.Untuk itu kami akan mengenalpasti mana Pos Asli yang bersesuian.
Khusus kepada individu dan Usahawan anda boleh mengabadikan syarikat anda di T'Shirt aktivity kami.Pakej Penaja utama,bersama dan kelab.Hubungi 019-9625258.

Kepada rakan usahawan anda juga dijemput bersama untuk menghulurkan sumbangan kepada mereka.Semoga mendapat lebih keberkatan.Berjumpa di Program yang dirancang ini.

Sambutan AIDILFITRI di SE MATAU.
Satu program sambutan AIDILFITRI bersama saudara baru kita akan diadakan di SEMATAU ( Simpang Mat au Lepar Utara.Sambutan ini bertujuan bagi meraikan AIDILFITRI bersama mereka buat julung kalinya mereka menyambut AIDILFITRI .
Program akan diadakan Pada 3 October 2009.Pelbagai acara dirancang seperti "melemang".BBQ DSB . Rakan-rakan semua dijemput hadir bagi memeriahkan suasana.Anda juga boleh menghulurkan Sumbangan untuk majlis ini. ( Tanam Saham ).

Info: Surau yang dibina secara gotong-royong dahulu,telah pun boleh digunakan .
Terima Kasih pada semua yang membantu.

Semoga Allah membalas jasa baik anda semua .

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir Batin .

Contack ... This is Nine Whisky Two Kilo Alfa India and groups ......Returning.

Sempena Bulan Baik,Hari Baik>>>Disini 9W2KAI bersama XYL dan Harmonic
ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Menyambut Aidilfitri.Mohon Maaf
Zahir dan Batin atas terlajur perkataan , gurauan dsb.
Jemput ke rumah >>
Base N03.55310 E102.43839
Portable N03.75202E102.62566.

QRX.....Chario....88... oppp 73


Family Trip @ Tengkujuh 2009
Ambil perhatian mana-mana Chelopy yang
belum sambut Birthday cepat beli kek,tiup
lilin .Mana yang nak ketuk body, cat baru
tangguhkan dulu,,,,
yang nak beli baru .. sempat lagi nie..>>>>> .
FAMILY TRIP @ TENGKUJUH 2009
Coming Soon >>>>>>.



Team Marshall & beberapa Diver PADI akan mula
menjengok lokasi,insyaallah dalam bulan Syawal
nie kot.Kita akan pastikan Ikan ternakan kita
cukup makan dan Campsite 5 star.


Beberapa lokasi menarik yang menjadi cadangan ahli kelab,Ia masih dirahsiakan oleh AJK kelab demi mejaga habitat semulajadinya.












Anda berminat : Hubungi Kami melaui email dibawah .

Surau Matau 1 Lepar Utara @ Spg Mat Daling.
N 03.98010 E 102.58568

Alhamdullillah berkat usaha sahabat kita Saudara Ikmal dan rakan-rakannya telah berjaya membawa Masyarakat Asli Kg Simpang Matau 1 Lepar ke Hidayah Islam yang tercinta.
Mereka yang berasal dari Perkampungan di Daerah Rompin telah berhijrah kesini kira-kira 1 setengah tahun lepas.Mereka ini mendapat hidayah kira-kira 2 bln lepas.Penempatan disini memuatkan kira-kira 40 Keluarga dan 100 penduduk.

Untuk melancarkan syiar dan menerapkan budaya Islam sebuah Surau Perlu didirikan dengan segera.Alhamdulillah dengan bantuan dari Dermawan2,sukarela maka berjayalah didirikan sebuah Surau Sementara untuk kegunaan.




Keperluan yang diperlukan lagi :
1 ) Bekalan Air Bersih .. CQ,CQ Rakan dari unit BAKAS 9W2DRB Doc Arif,Mr Jeff
2 ) Rakan-rakan dermawan : Sambil lalu ikut situ Hulurlah skit ..

Mana ahli-ahli Islam Hadari kalau dalam TV tu cukup lantang.
-Time camni takan senyap jee ..

Hubungi untuk keterangan lanjut : 019-9884920


K'Dau Adventure Fashion @ Dalam Almari

Sempena ' One Malaysia ' Sambutan Hari Kemerdekaan Negara tak
lama lagi dan jugak sambutan Ramadhan yang disusuli Syawal nanti
, seperti tahun-tahun lepas tukang-tukang jahit tak menang tangan
untuk siapkan tempahan baju raya.
Tempias Khinzir punya penyakit H1N1 juga menyebabkan rakyat
Malaya takut untuk keluar ke Sogo,Lot 10,Bundle dan Sebagainya .

Berdasarkan 2 Perkara besar diatas , demi untuk membantu Rakyat
Malaya kami dari K'dau Adventure akan mengeluarkan Fashion terkini kami .

Kepada yang berminat : Berkunjunglah ke Gallery kami di Jalan Ibrahim Temerloh.
Tel : 019-9625258 .



Taman Negara Kuala Tahan.
Jun dan Julai lepas saya berkesempatan membawa harmony melawat TNKT disamping untuk menyelesaikan tugasan di Camp Nusa.Taman Negara macam biasa sepi dari pengunjung tak ramai kelihatan pengunjung ke sini,mungkin keadaan ini adalah tempias daripada selsema
khinzir H1N1 kot.Bot-bot tak sesibuk dulu.Restoran @ rumah bot kelihatan lesu,sesekali adalah bot membawa seorang dua pelancong

Itu cerita bulan Jun lain pulak bulan Julai baru nie .........
Taman Negara masa nie cukup meriah dengan pelancong luar dan dalam negara.Bot-bot tak henti-henti membawa pelancong mudik kehulu balik ki' lir.





Bot Koi ngan anok koi naik .....
Mengapa sih ramee bangat >> Rupanya ada Celebrity Bollywood berkampung kat sini buat pengambaran filem,katanya berbulan-bulan.Patutlah ramai sangat pelakon tambahan ,nasib baik saya nie peminat KIPAS aje bukan Bollywood.OKlah untuk anda peminat Bollywood nie gambar Bayang Shahrukhan lupa lak Dato Shahrukhan,Macai dia dan Heli dia pinjam pada kawan dia punya kawan.
Heli orang tu naik sebab dia tak pandai berenang...........
www.green-outdoor.blogspot.com

KESIHATAN BERA CHALLANGE 2009


>>>> SINAR HARIAN 6 Jun 2009 >>>


23~24hb Mei 2009
Pejabat Kesihatan Daerah Bera dengan kerjasama K'Dau Adventure telah mengajurkan 'Kesihatan Bera Challange 2009' Bermula dari Pejabat Kesihatan Bera di Triang ke Hutan Simpan Kemasul.KBC diadakan untuk meningkatkan lagi tahap kemahiran pemandu-pemandu kesihatan daerah terutama dalam menjalankan tugas yang menggunakan kenderaan pacuan empat roda.


Skill pemanduan 4x4 amat diperlukan dalam tugas harian mereka terutama di unit Malaria,BAKAS ( Bekalan Air Kawalan Alam Semulajadi ) dan Penguatkuasaan.Ia juga amat diperlukan ketika negara dilanda bencana seperti banjir dan lain-lain.
Rentetan Perjalanan:
23 Mei 2009 (Hari Pertama )80KM Off Road

8.00 ~9.00 AM - Pendaftaran Peserta
9.00 ~9.30 AM - Sarapan Pagi.
10.00~11.00 AM - Taklimat Konvoi >> Susunan Kenderaan - K'dau Adventure
11.30~ - Cabaran Pertama
Konvoi bermula Melalui OFF Road Mengkarak menuju
Campsite 1 .
]
02.00 PM - Makan Tengahari / Solat
03.00 PM - Cabaran kedua.
09.00 PM - Tiba Campsite Pejabat Hutan Kemasul.
10.30 PM - Makan Malam.
11.00 PM - Module 1 ( Teori Teknik Pemanduan 4x4 )
12.00 AM - Module 2 ( Post Morten Aktiviti )
02.00 AM - Amali 'Whinching tecnic '.
04.00 AM - Tamat >> Tidur

24 Mei 2009 ( Hari kedua ) 20 KM Off Road
9.00 AM - Sarapan Pagi
10.00 AM - Taklimat Konvoi,Penyusunan kenderaan - Peserta.
11.00 AM - Cabaran ke-tiga
Camsite Pejabat Hutan Kemasul ke Kawasan Industri
Mentakab.
02.00 PM - Makan Tengahari / Solat
03.00 PM - Tiba di Kawasan Industri Mentakab .
04.00 PM - Tamat di Restoran Bukit Angin Temerloh.
05.00 PM - Bersurai <<< Jumpa lagi >>

Sekalung Tahniah ditujukan kepada semua peserta yang telah menunjukan semangat kerjasama yang tinggi dan sikap ingin tahu anda telah membuatkan anda berjaya menamat program ini dengan jayanya.

Harus diberi pujian kepada Mr Jack yang amat bersungguh-sungguh untuk mrnjaya program ini.Kesungguhan anda telah membuahkan kejayaan program ini.

Dr Arif 9W2DRB - Kecerian anda membuahkan semangat semua peserta.

>> Semoga berjumpa lagi >> harapan persahabatan antara kita berkekalan.
www.green-outdoor.blogspot.com

KURSUS PEMANDUAN BERISIKO 4x4





4hb~8hb May 2009.Perhilitan Malaysia Bahagian Latihan yang diketuai En Mahathir telah mengadakan KURSUS PEMANDUAN BERISIKO 4x4 yang dikelolakan oleh Inangsari dan dibantu K'Dau Adventure Team.Sebanyak 12 Kenderaan bersama 30 Peserta dari seluruh Semenanjung Malaysia telah menjayakan kursus tersebut.Kursus kali ke-2 ini dilancarkan lagi dengan kehadiran 5 Facilitator dari kalangan peserta pada tahun lepas.

Objektif kursus ini adalah untuk memantapkan lagi skill Pemanduan Berisiko 4x4 ahli-ahli dari jabatan.Ia juga berjaya memupuk semangat setiakawan,kerjasama dan sayangkan kenderaan.Dengan menggunakan peralatan yang sesuai dan teknik yang betul.Aspek keselamatan dan Alam Semulajadi amat dititik beratkan dalam modul kursus ini.Dalam kursus ini juga peserta didedahkan dengan Module FIRST AID & CPR,RADIO AMATEUR,ASAS AUTOMOTIF dan PENYELENGGARAAN KENDERAAN,

Setelah 2 sesi latihan 2008/2009 selesai,ada pelbagai kenangan pahit manis
terpahat dihati peserta.Untuk mengekalkan kenangan itu ada beberapa tempat menarik disini telah di Jenamakan semula seperti : Bukit En Wahab(Kelantan),Bukit Kukar Beruang,Sungai Abg Joe N03.93542/E101.64520 dan Latar Mati Enjin N03.98141/E101.64877.
Semoga kenangan yang dicipta dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita dari Jabatan Perhilitan dan dari kami.

Terima Kasih tidak terhingga kepada :
Krew F& B : Mie dr Johor>>Kalau tak mati kebulur kome.

Untuk Facilitator >> Kami faham perasaan anda yang tak dibenarkan bawa kenderaan kali ini >> Moh ikut program 4x4 kami nanti >> kami janjikan yang terbaik untuk anda >> Kalau anda ajak repet pun boleh ...

Untuk info saya akan update lagi gambar-gambar aktivity selepas dapat dari
cameraman yang lain >>> Awie Gajah >> Raja Bob dan lain-lain,gambar dlm blog ini anda boleh download untuk kenangan anda.

Penginapan kami di KELACAMP Batu Malim Raub.
Info KELACAMP >>>N04.00064/E101.65839


Memory 2008 Untuk kenangan Kalian


www.green-outdoor.blogspot.com