KURSUS PEMANDUAN BERISIKO 4x4





4hb~8hb May 2009.Perhilitan Malaysia Bahagian Latihan yang diketuai En Mahathir telah mengadakan KURSUS PEMANDUAN BERISIKO 4x4 yang dikelolakan oleh Inangsari dan dibantu K'Dau Adventure Team.Sebanyak 12 Kenderaan bersama 30 Peserta dari seluruh Semenanjung Malaysia telah menjayakan kursus tersebut.Kursus kali ke-2 ini dilancarkan lagi dengan kehadiran 5 Facilitator dari kalangan peserta pada tahun lepas.

Objektif kursus ini adalah untuk memantapkan lagi skill Pemanduan Berisiko 4x4 ahli-ahli dari jabatan.Ia juga berjaya memupuk semangat setiakawan,kerjasama dan sayangkan kenderaan.Dengan menggunakan peralatan yang sesuai dan teknik yang betul.Aspek keselamatan dan Alam Semulajadi amat dititik beratkan dalam modul kursus ini.Dalam kursus ini juga peserta didedahkan dengan Module FIRST AID & CPR,RADIO AMATEUR,ASAS AUTOMOTIF dan PENYELENGGARAAN KENDERAAN,

Setelah 2 sesi latihan 2008/2009 selesai,ada pelbagai kenangan pahit manis
terpahat dihati peserta.Untuk mengekalkan kenangan itu ada beberapa tempat menarik disini telah di Jenamakan semula seperti : Bukit En Wahab(Kelantan),Bukit Kukar Beruang,Sungai Abg Joe N03.93542/E101.64520 dan Latar Mati Enjin N03.98141/E101.64877.
Semoga kenangan yang dicipta dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita dari Jabatan Perhilitan dan dari kami.

Terima Kasih tidak terhingga kepada :
Krew F& B : Mie dr Johor>>Kalau tak mati kebulur kome.

Untuk Facilitator >> Kami faham perasaan anda yang tak dibenarkan bawa kenderaan kali ini >> Moh ikut program 4x4 kami nanti >> kami janjikan yang terbaik untuk anda >> Kalau anda ajak repet pun boleh ...

Untuk info saya akan update lagi gambar-gambar aktivity selepas dapat dari
cameraman yang lain >>> Awie Gajah >> Raja Bob dan lain-lain,gambar dlm blog ini anda boleh download untuk kenangan anda.

Penginapan kami di KELACAMP Batu Malim Raub.
Info KELACAMP >>>N04.00064/E101.65839


Memory 2008 Untuk kenangan Kalian


www.green-outdoor.blogspot.com

No comments:

Post a Comment