4x4 Adventure Taman Negara Pahang

Gunung Ais


Gunung Ais tidak asing lagi bagi peminat-peminat 4x4
tempatan dan luar.Disebalik namanya yang cukup menarik ia menggambarkan sebuah tempat
yang sejuk lagi nyaman di pendalaman Taman Negara . Terletak kira-kira 100 km dari Bandar Jerantut,ia boleh dihubungi melalui jalan darat dengan menaiki kenderaan 4x4 dan motosikal lasak ( motorcross ).

Keadaan bentuk mukabumi dan OFF Road yang amat mencabar menjadi daya tarikan kepada peminat aktiviti lasak 4x4 dan Motorcross.

Waktu yang sesuai untuk merasai cabaran ini pada musim tengkujuh Pertengahan December ke February.

Disamping aktiviti lasak,anda juga boleh memenafaatkan masa anda dengan aktiviti memancing dan sebagainya.Sungai dan anak sungai disini terkenal dengan spesis ikan air tawarnya seperti kelah,sebarau,baung dan banyak lagi .

Ulu Pengau @ Ulu Tembeling
Sama seperti Gunuing Ais cuma untuk kesana jalan yang mudah untuk menghubunginya dari Kuala Tembeling berhampiran jeti Taman Negara.Perjalanan boleh menjangkau 8 jam ketika di musim hujan.Untuk XPDC santai ini kita mula memasuki laluan Off road jam 7.00 PM dan tiba lokasi Camsite Ulu Pengau Jam 4.20 AM.



Perjalanan di waktu malam dapat merehat minda dengan suasana nyaman dan yang penting kita tidak dapat melihat kawasan yang merbahaya ( Khas buat peminat yang baru menceburi bidang ini ),Alhamdulillah XPDC kali ini berjaya dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku.



Untuk keterangan :
Hubungi di talian : 019-9625258 Email :green_outdoor@yahoo.com.my

No comments:

Post a Comment